Malaysia Berita

Malaysia B23 tewas 2-0 kepada Filipina dalam Kejohanan ASEAN B23 2025

Malaysia B23 tewas 2-0 kepada Filipina B23 dalam perlawanan pembukaan Kejohanan ASEAN B23 2025 di Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia.

Kedua-dua gol dijaringkan oleh Otu Abang Banatao seawal minit ke-10 sebelum menjaringkan gol kedua pada minit ke-40.

Malaysia B23 akan bertemu Brunei pada 18 Julai, Jumaat ini.