
FAM memaklumkan bahawa proses mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi empat pemain warisan baharu kini sedang menunggu kelulusan muktamad daripada kerajaan.
Selain itu, FAM juga dalam proses melengkapkan dokumentasi bagi empat pemain lain.
“FAM berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan dalam usaha meningkatkan mutu pasukan Harimau Malaya.”
Skuad kebangsaan di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Peter Cklamovski akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2027 dengan aksi pertama Kumpulan F menentang Nepal pada 25 Mac 2025.