Ong Kim Swee membuat keputusan untuk berhijrah ke Indonesia sebagai jurulatih baharu Persis Solo.
Persis Solo berpusat di Surakarta, lebih 500km dari Jakarta.
Pasukan ini ditubuhkan pada 1923 dan berusia 101 tahun.
Kelab ini kini dimiliki oleh Kaesang Pangarep, anak bongsu kepada bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Keputusan itu dibuat selepas kontrak Ong bersama Sabah berakhir bulan ini.
Ini meskipun Sabah berada di tempat ke-3 Liga Super dengan 26 mata, hanya 3 mata di belakang Selangor dengan 29 mata.
Persis kini di tangga ke-16 dalam Liga 1 Indonesia dengan 7 mata daripada 11 perlawanan, selepas hanya mencatatkan 2 kemenangan, 1 seri dan 8 kekalahan.
Ong akan bertemu semula Bojan Hodak ketika Persis menentang Persib Bandung dalam perlawanan liga pada 29 Disember ini.