Piala FA Malaysia Berita

Terengganu tewaskan Selangor 3-2

Terengganu meraih kemenangan 3-2 ke atas Selangor dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala FA di Kuala Terengganu.
2 gol dijaringkan dalam tempoh 5 minit menerusi Safawi Rasid pada minit ke-30 dan Nurillo pada minit ke-35.
Namun, Selangor merapatkan jurang dengan jaringan Alvin Fortes 3 minit kemudian, dengan kedudukan kekal 2-1 di separuh masa pertama.
Ketika separuh masa kedua baru memasuki minit ke-47, Selangor menyamakan kedudukan menerusi jaringan Noor Rawabdeh.
Akinade muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan buat Terengganu pada minit ke-69, dengan kedudukan kekal 3-2 hingga tamat perlawanan.
Selangor akan bertemu Terengganu dalam perlawanan separuh akhir kedua di Kelana Jaya pada 3 Ogos ini.