Liga Super Malaysia Berita

Selangor menang 3 kali berturut-turut dalam Liga Super

Selangor meneruskan rentak cemerlang musim ini apabila menewaskan Perak 2-1 dalam saingan Liga Super.
Ia menjadikan kemenangan ketiga berturut-turut musim ini, meskipun tidak beraksi pada Piala Sumbangsih dan kehilangan khidmat Faisal Halim.
Ronnie Fernandez muncul wira apabila menjaringkan 2 gol di separuh masa pertama, iaitu pada minit ke-24 dan sepakan penalti pada minit ke-60.
Namun, Selangor terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Alex Agyarkwa dilayangkan kad merah pada mini ke-64.
Perak cuba merapatkan kedudukan dengan jaringan Azfar Fikri Azhar pada minit ke-78 namun gagal mencari gol penyamaan sehingga tamat perlawanan.
Selangor kini di tangga kedua Liga Super dengan 9 mata, hanya 3 mata di belakang JDT.