Selangor mara ke suku akhir Piala FA 2024-2025 apabila menewaskan Negeri Sembilan 4-0.
Kemenangan itu berjaya diraih hasil jaringan Yohandry Orozco dan Alvin Fortes.
Lebih manis, kemenangan itu disaksikan oleh Faisal Halim yang pertama kali hadir ke stadium selepas lebih sebulan di hospital akibat serangan asid.
Orozco menjaringkan gol pendahuluan seawal minit ke-6 sebelum menambah gol kedua pada minit ke-14.
Fortes pula menjaringkan gol pada minit ke-45 sebelum melengkapkan kemenangan Selangor dengan gol pada minit ke-67.
Selangor akan bertemu Kuching City di suku akhir.