JDT memulakan musim Liga Super musim 2024-2025 dengan kemenangan apabila menewaskan Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Sultan Ibrahim.
Kemenangan itu hasil daripada 2 jaringan gol Bergson pada minit ke-12 dan 17.
Negeri Sembilan yang ketinggalan 2 gol selepas hanya 20 minit perlawanan tidak menyerah kalah apabila berjaya merapatkan jurang hasil jaringan Hein Htet Aung pada minit ke-28.
Namun, Jordi Amat melengkapkan kemenangan JDT dengan jaringan pada minit ke-71.