Berita AFC Cup

Terengganu catat rekod tanpa kalah dalam Piala AFC 2023

Terengganu menamatkan saingan Piala AFC 2023 dengan kemenangan 2-0 ke atas Bali United.

Kemenangan itu menyaksikan Terengganu mencatatkan rekod tanpa kalah dalam kesemua perlawanan dalam Piala AFC musim ini.

Terengganu mendahului pada minit ke-39 menerusi Sony Norde di separuh masa pertama.

Sardor Kulmatov melengkapkan kemenangan Terengganu dengan jaringan pada minit akhir perlawanan.

Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan Terengganu di tempat kedua dalam peringkat kumpulan

Ia hasil kutipan sebanyak 12 mata dalam 6 perlawanan, selepas memenangi 3 perlawanan dan seri 3 perlawanan.

Malangnya, hanya satu pasukan berstatus naib juara sahaja yang layak mara ke separuh akhir Zon ASEAN iaitu Phnom Penh Crown yang juga meraih 12 mata namun mempunyai kelebihan jaringan gol.