Malaysia Berita

Dominic Tan, Sumareh dipanggil hadapi kelayakan Piala Dunia 2026, Piala Asia 2027

Dominic Tan tetap tersenarai dalam skuad negara bagi menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 meskipun prestasinya dikritik ketika Malaysia tewas kepada Tajikistan dalam Final Pestabola Merdeka 2023.

Kim Pan-gon telah mengekalkan seramai 20 daripada 25 pemain yang telah dipanggil pada Pestabola Merdeka 2023 untuk ke kem latihan pusat skuad bagi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Lima pemain baharu yang kembali tersenarai kali ini ialah Sikh Izhan Nazrel; Shahrul Saad, Syahmi Safari, Afiq Fazail dan Mohamadou Sumareh.

Bagaimanapun, dua pemain, Syamer Kutty Abba dan Nor Azam Abdul Azih masing-masing tidak dapat dipanggil kerana mengalami kecederaan.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi untuk perlawanan pertama Kumpulan D menentang Kyrgyzstan pada Khamis, 16 November 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum terbang ke Taiwan bagi perlawanan kedua bertemu Taiwan di tempat lawan pada Selasa, 21 November 2023.

Sementara dua lagi pertembungan lain dalam Kumpulan D menyaksikan Oman bertemu Taiwan di Muscat pada 16 November 2023 dan Kyrgyzstan menanti kunjungan Oman di Bishkek pada 21 November 2023.

GK: Syihan Hazmi, Azri Ghani, Sikh Izhan
DF: Matthew Davies, Corbin-Ong, Dion Cools, Shahrul Saad, Syahmi Safari, Sharul Nazeem, Dominic Tan, Azam Azmi
MF: Endrick, Afiq Fazail, Brendan Gan, Mukhairi Ajmal, Stuart Wilkin, Junior Eldstal, Nooa Laine
W: Arif Aiman, Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Faisal Halim, Sumareh
S: Darren Lok, Paulo Josue