Liga Super Malaysia Berita

MFL perkenal dua kategori baharu Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023

MFL mengumumkan acara kemuncak Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23) yang bakal berlangsung pada hujung Disember depan.

Acara tahunan berprestij bola sepak tempatan itu diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada pencapaian yang telah diraih pelbagai pihak kepada arena bola sepak tanah air terutamanya kepada pemain dan jurulatih dalam kancah Liga Malaysia musim ini.

Musim lalu, ABK22 diadakan secara virtual menyaksikan sebanyak 16 kategori anugerah dipertandingkan membabitkan semua pertandingan iaitu Piala Sultan Haji Ahmad Shah, Liga Super, Piala FA, Liga Premier dan Piala Malaysia.

Musim ini, MFL memperkenalkan Piala MFL bagi menggantikan Liga Premier serta mengadakan semula pertandingan MFL Challenge Cup yang kali terakhir dianjurkan pada edisi kedua 2019.

Kali ini MFL berbesar hati apabila dapat kembali menganjurkan acara berprestij ini secara fizikal yang bakal menyaksikan persaingan lebih menarik dengan kategori baharu menjadikan keseluruhan 16 kategori dipertandingkan.

Sudah pasti tumpuan peminat bola sepak tempatan adalah debaran untuk mengetahui siapakah individu yang bakal dijulang sebagai pemenang selepas mempersembahkan prestasi terbaik sepanjang saingan Liga Malaysia 2023 berlangsung.

Berikut adalah senarai 16 kategori anugerah yang dipertandingkan;

1. Anugerah Fair Play
2. Kasut Emas – Penjaring Terbanyak Piala MFL
3. Kasut Emas – Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Super
4. Kasut Emas – Penjaring Terbanyak Liga Super
5. FAN XI
6. Penjaga Gol Terbaik
7. Pertahanan Terbaik
8. Pemain Tengah Terbaik
9. Penyerang Terbaik
10. Pemain Import Terbaik
11. Pemain Muda Terbaik
12. Pemain Terbaik Piala MFL
13. Jurulatih Terbaik
14. Pasukan Terbaik
15. Gol Terbaik Liga Malaysia 2023
16. Most Valuable Player (MVP)

Musim ini terdapat penambahan dua kategori iaitu Pemain Terbaik MFL dan Penjaring Terbanyak Piala MFL di mana pertandingan Piala MFL ini julung kali diadakan pada tahun ini membabitkan pasukan-pasukan bawah 23 tahun.

Seramai 398 daripada 782 pemain telah disenarai pendek berdasarkan penampilan bersama kelab masing-masing sebelum dibawa ke Jawatankuasa Saringan ABK23 bagi menyenaraipendekkan 10 pemain terbaik dalam setiap kategori. Para pemain dipilih dalam setiap kategori mengikut posisi yang didaftarkan oleh pasukan masing-masing.

Berikut adalah senarai 10 pemain terbaik bagi lapan kategori dengan keputusan undian akan dibuat oleh 14 ketua jurulatih dan 14 ketua pasukan Liga Super, 15 ketua jurulatih dan 15 ketua pasukan Piala MFL serta 29 wakil media.

*Senarai nama calon disusun mengikut abjad.
1) CALON PENJAGA GOL TERBAIK
i. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed (Johor Darul Ta’zim)
ii. Izham Tarmizi Roslan (Sri Pahang FC)
iii. Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Kedah Darul Aman FC)
iv. Nazul Izamil Zulkifli (Terengganu FC II)
v. Ramdhan Ab Hamid (PDRM FC)
vi. Samuel Somerville (Selangor FC)
vii. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan FC)
viii. Suhaimi Husin (Terengganu FC)
ix. Syakir Danial Ma’amal Hajri (Kedah Darul Aman FC B)
x. Zulhilmi Sharani (Johor Darul Ta’zim II)

2) CALON PERTAHANAN TERBAIK
i. Azam Azmi Murad (Terengganu FC)
ii. Dominic Tan (Sabah FC)
iii. Feroz Baharudin (Johor Darul Ta’zim)
iv. Kamal Azizi Zabri (Kuala Lumpur City FC)
v. La’Vere Corbin-Ong (Johor Darul Ta’zim)
vi. Matthew Davies (Johor Darul Ta’zim)
vii. Quentin Cheng (Selangor FC)
viii. Rizal Ghazali (Sabah FC)
ix. Shahrul Nizam Ros Hasni (Terengganu FC)
x. Sharul Nazeem Zulpakar (Selangor FC)

3) CALON PEMAIN TENGAH TERBAIK
i. Afiq Fazail (Johor Darul Ta’zim)
ii. Brendan Gan (Selangor FC)
iii. Endrick (Johor Darul Ta’zim)
iv. Hong Wan (Johor Darul Ta’zim)
v. Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC)
vi. Nor Azam Abdul Azih (Sri Pahang FC)
vii. Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC)
viii. Sergio Aguero (Sri Pahang FC)
ix. Stuart Wilkin (Sabah FC)
x. Zhafri Yahya (Kuala Lumpur City FC)

4) CALON PENYERANG TERBAIK
i. Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta’zim)
ii. Darren Lok (Sabah FC)
iii. Engku Nur Shakir Engku Yacob (Terengganu FC)
iv. Faisal Abdul Halim (Selangor FC)
v. Gabriel Nistelrooy Tamin (Johor Darul Ta’zim II)
vi. Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC)
vii. Nabil Ahmad Latpi (PDRM FC)
viii. Shahrel Fikri Fauzi (Negeri Sembilan FC)
ix. Syahmi zamri (Terengganu FC II)
x. Wan Zack Haikal Wan Nor (Perak FC)

5) CALON PEMAIN IMPORT TERBAIK
i. Abu Kamara (Kuching City FC)
ii. Ayron del Valle (Selangor FC)
iii. Bergson da Silva (Johor Darul Ta’zim)
iv. Fernando Forestieri (Johor Darul Ta’zim)
v. Ivan Mamut (Terengganu FC)
vi. Jordi Amat (Johor Darul Ta’zim)
vii. Kpah Sherman (Sri Pahang FC)
viii. Luciano Guaycochea (Perak FC)
ix. Manuel Ott (Kedah Darul Aman FC)
x. Saddil Ramdani (Sabah FC)

6) CALON PEMAIN MUDA TERBAIK
i. Alif Ikmalrizal Anuar (Penang FC)
ii. Arif Aiman Hanapi (Johor Darul Ta’zim)
iii. Daryl Sham (Johor Darul Ta’zim II)
iv. Haqimi Azim Rosli (Kuala Lumpur City FC)
v. Harith Haiqal Adam Afkar (Selangor FC)
vi. Muhaimin Izuddin Asri (Kelantan FC)
vii. Nasyrullah Zaki (Sri Pahang FC)
viii. Safwan Mazlan (Terengganu FC)
ix. Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan FC)
x. Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC II)

7) CALON PEMAIN TERBAIK PIALA MFL
i. Ahmad Aysar Hadi Shapri (Johor Darul Ta’zim II)
ii. Alif Ikmalrizal Anuar (Penang FC)
iii. Aliff Izwan Yuslan (Selangor FC)
iv. Asyraf Ahmad Kamal Tajul Arifin (PDRM FC)
v. Daryl Sham (Johor Darul Ta’zim II)
vi. Gabriel Nistelrooy Tamin (Johor Darul Ta’zim II)
vii. Muslihuddin ‘Atiq Mat Zaid (Terengganu FC II)
viii. Nasyrullah Zaki (Sri Pahang FC)
ix. Syahmi Zamri (Terengganu FC II)
x. Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC II)

8) CALON JURULATIH TERBAIK
i. Anuar Udin (PDRM FC)
ii. Datuk Ong Kim Swee (Sabah FC)
iii. Esteban Solari (Johor Darul Ta’zim)
iv. Fandi Ahmad (Sri Pahang FC)
v. Hairuddin Omar (Terengganu FC II)
vi. Mariano Raul (Johor Darul Ta’zim II)
vii. Nafuzi Zain (Kedah Darul Aman FC)
viii. Tan Cheng Hoe (Selangor FC)
ix. Tomislav Steinbruckner (Terengganu FC)
x. Yusri Che lah (Perak FC)

Sementara itu bagi kategori Anugerah Pasukan Terbaik akan diputuskan oleh Ahli Jawatankuasa Teknikal MFL, Anugerah Fair Play akan ditentukan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), manakala Fan XI dan Gol Terbaik Liga Malaysia 2023 pula menerusi undian penyokong melalui platform SurveyMonkey bermula minggu depan.

Bagi Anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) pula akan dipilih daripada kalangan pemenang empat kategori, iaitu Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik dan Penyerang Terbaik, oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan-gon.