Malaysia Berita

Malaysia jumpa Syria, China pada Sept ini

Skuad negara akan berdepan dua perlawanan persahabatan bertemu Syria pada 6 September dan China pada 9 September 2023 ini.

Kedua-dua perlawanan tersebut akan berlangsung di Chengdu, China.

“Pengesahan bagi kedua-dua perlawanan ini dibuat menerusi penelitian dan perbincangan bersama,” umum FAM.

“Di antara pihak pengurusan bersama Kim Pan-gon sendiri selepas majlis undian Pusingan 2, Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Berdasarkan Ranking FIFA terbaharu yang dikemas kini pada 20 Julai lalu, Malaysia berada di kedudukan ke-136 dunia, sementara Syria di kedudukan ke-94 dunia dan China di kedudukan ke-80 dunia.