Liga Super Malaysia Berita

Lee Tuck akhirnya jadi warganegara Malaysia

Lee Tuck akhirnya memperoleh kerakyatan Malaysia selepas beberapa tahun menanti.

Pemain berusia 34 tahun itu berasal dari Halifax, England tetapi mendakwa beliau mempunyai pertalian darah dengan neneknya yang berasal dari Sabah.

Namun, beliau gagal mengemukakan sebarang dokumen sebagai bukti, memaksa beliau menunggu sehingga 5 tahun untuk melengkapkan proses naturalisasi.

Tahun ini genap 5 tahun beliau beraksi di Malaysia apabila menyertai Negeri Sembilan pada 2017.

Hari ini saya akhirnya boleh secara rasmi menyatakan bahawa saya adalah rakyat Malaysia,” katanya menerusi akaun Instagram miliknya.

“Saya benar-benar terharu apabila mendapat kewarganegaraan Malaysia.

“Ia adalah jalan yang sukar..membuat pengorbanan untuk sampai ke tahap ini tetapi ini adalah peluang yang tidak dapat saya lepaskan.”

Tuck menzahirkan penghargaan kepada pemilik pasukan Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Hamad, pengerusi Pahang Raja Datuk Shaharuddin Shah Raja Jalil Shah, CEO Datuk Mohammed Suffian Awang, Ahli Lembaga Pengarah.

“Dan semua peminat Pahang kerana menyokong saya sepanjang proses ini.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
keluarga tersayang dan kawan rapat saya.