Borussia Dortmund mencatatkan kemenangan pertama di hari pembukaan Bundesliga apabila menewaskan Eintracht Frankfurt 5-2 di Signal Iduna Park.
Kapten pasukan, Marco Reus menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-23 menerusi hantaran Erling Haaland, namun Frankfurt menyamakan kedudukan empat minit kemudian menerusi jaringan gol sendiri Felix Passlack.
Bagaimanapun, Dortmund kembali di depan menerusi rembatan deras Thorgan Hazard sekali lagi hasil hantaran Haaland pada minit ke-32.
Selang dua minit kemudian, Haaland menjaringkan gol pertamanya musim ini hasil hantaran Reus untuk menjadikan kedudukan 3-1.
Listen up, America! The @Bundesliga_EN is back and it’s safe to say @ESPN can already hire me as a soccer announcer. GOAL! pic.twitter.com/FEklYOWRzX
— David Hasselhoff (@DavidHasselhoff) August 12, 2021
Dortmund menambah lagi gol menerusi pemain berusia 18 tahun, Giovanni Reyna, sebelum Haaland menjaringkan gol keduanya sekali lagi hasil hantaran Reus pada minit ke-70, menjadikan kedudukan 5-1.
Frankfurt meraih satu lagi saguhati menerusi pemain pinjaman AC Milan, Jens Petter Hauge pada minit ke-86, dengan keputusan kekal 5-2 sehingga tamat perlawanan.
Dalam perlawanan lain, Leverkusen diikat 1-1 oleh Union Berlin, Wolfsburg raih kemenangan tipis 1-0 ke atas Bochum dan Stuttgart catat kemenangan besar 5-1 ke atas pendatang baharu Bundesliga, Greuther Furth.
Bayern Munich semalam hanya mencatatkan seri 1-1 dengan Monchengladbach.