Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim akan menanggung sebahagian harga untuk salah satu jersi Nike JDT 2021 sebagai hadiah istimewa kepada penyokong bersempena dengan ulang tahun pertama Stadium Sultan Ibrahim dan sokongan penyokong yang tidak berbelah bahagi.
Menurut Johor Southern Tigers, harga sebenar jersi away versi pemain ini adalah RM429 tetapi akan dijual pada harga RM185, sama dengan harga jersi home versi peminat, memandangkan TMJ sudi menanggung lebihan kos jualan jersi ‘Away’ yang dijual.
“Jersi Nike 2021 JDT akan menyaksikan jersi ‘Away PLAYER VERSION’ dijual buat pertama kali dan pada harga yang berbaloi kerana Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor akan menanggung sebahagian harga jersi tersebut sebagai tanda penghargaan atas sokongan tidak berbelah bahagi penyokong.
Jersi away itu dipilih sebagai hadiah istimewa kerana warna jersi itu melambangkan Stadium Sultan Ibrahim bersempena ulang tahun pertama stadium itu.
Jersi Nike 2021 ‘Home’ dan ‘Away’ Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan mula dijual di JDT Online Store dan penjual rasmi bermula jam 11.00 pagi esok.
Jersi ‘Away’ ini akan dijual secara eksklusif di http://store.johorsoutherntigers.com.my manakala jersi ‘Home’ pula akan dijual di Nike.com dan juga di JDT.