Berbanding pemilik Kelantan sebelum ini, Norizam Tukiman tidak meletakkan sasaran layak ke Liga Super secepat mungkin.
Sebaliknya, beliau berharap The Red Warriors (TRW) kembali ke saingan Liga Super dalam tempoh tiga tahun.
Kemungkinan, Norizam mahu melihat sama ada pelaburannya di Kelantan membuahkan hasil sebelum beraksi di Liga Super yang memerlukan perbelanjaan yang lebih besar untuk bersaing di peringkat tertinggi.
“Dalam saham, kena target (sasar) sesuatu pulangan lambat, tetapi biasa hasil akan dapat cepat,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.
“Dalam bola, saya sasar untuk TRW Kelantan FC naik ke Liga Super adalah tahun 2024.”
Setakat ini, Kelantan sudah menandatangani empat pemain import iaitu penyerang dari England, Jack Hindle, pertahanan Greece, Christos Intzidis, pemain tengah dari Sepanyol, Mario Arques dan pemain sayap kanan Indonesia, Natanael Siringo Ringo.
Keempat-empat pemain ini tidak pernah beraksi di Malaysia.