Liga Super Malaysia Berita

JDT bakal umum 3 pemain baharu, jersi baharu 24 Feb ini

Pengarah Sukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Martin Prest mengesahkan bahawa akan mengumumkan empat projek besar dalam masa terdekat.

Dua perkara yang paling dinanti-nantikan adalah tiga pemain baharu dan jersi baharu JDT yang akan dilancarkan pada 24 Februari ini.

Martin berkata JDT juga sedang membina ‘JDT Cycling Studio’, sebuah studio yang dipenuhi dengan basikal senaman.

Malah, ‘docu-series’ Fearless yang diumumkan sebelum ini akan disiarkan pada bulan ini juga.

Setakat ini, JDT telah mengumumkan kemasukan Danier Amier Hisham, penyerang import baharu, Jonathan Herrera dan Nathaniel Shio Hong Wan.