Liga Super Malaysia Berita

MFL: ABK 2020 tetap diadakan

CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) akan tetap dilangsungkan pada tahun ini walaupun hanyalah satu musim yang pendek, dan dijangka akan diadakan pada bulan depan.

Namun katanya, majlis itu akan diadakan mengikut SOP yang ditetapkan dan pemilihan pemenang akan ditentukan menerusi atas talian.

Bilangan kategori juga akan dikurangkan berbanding sebelum ini.

“Kita tetap akan adakan tahun ini,” katanya kepada Harian Metro.

“Cuma beberapa anugerah kita akan kurangkan mengikut kesesuaian semasa.

“Ia masih di peringkat perbincangan dan kita akan ketahui selewat-lewatnya minggu depan mengenai perubahan dan tarikh sebenar.”

Status majlis anugerah bola sepak itu menjadi tanda tanya selepas Piala Malaysia terpaksa dibatalkan setelah Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertindak menangguhkan kejohanan itu kerana peningkatan kes COVID-19.

Tahun ini, hanya tiga pertandingan dapat diadakan iaitu Piala Sumbangsih, Liga Super dan Liga Premier yang hanya berjalan satu pusingan.

Piala FA dibatalkan dan Piala Malaysia hanya dapat diadakan satu pusingan.