Liga Super Malaysia Berita

Isu gaji: FAM beri masa kepada Melaka United sehingga Ogos

FAM sekali lagi memberi kelonggaran kepada Melaka United untuk melangsaikan tunggakan gaji berjumlah hampir RM800,000 sehingga bulan Ogos.

Ini bermakna, Melaka sekali lagi terlepas daripada hukuman pemotongan mata selepas gagal menyelesaikan tunggakan gaji pada bulan April dan terbaru pada bulan Jun.

Harian Metro melaporkan, Melaka mengadakan perbincangan dengan FAM dan meminta kelonggaran dengan alasan bahawa pihak pengurusan perlu menanggung beberapa perbelanjaan tambahan termasuklah kos untuk mengadakan ujian saringan COVID-19.

Penyediaan pemeriksaan kesihatan serta kos untuk menyediakan SOP di pusat latihan dan stadium sebelum ini dilaporkan mencecah lebih RM10,000.

Jika Melaka dikenakan pemotongan mata sekali lagi, kemungkinan besar mereka terpaksa berdepan kesukaran untuk menyelamatkan diri daripada tersingkir ke Liga Perdana musim ini.