Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih kekal dengan pendiriannya bahawa aktiviti-aktiviti sukan yang melibatkan perhimpunan ramai, sentuhan badan dan lain-lain risiko jangkitan tidak dibenarkan buat masa ini.
Katanya, ini termasuk sukan bola sepak, ragbi, renang dan semua acara sukan indoor dan stadium.
Ini bermakna, Liga Malaysia musim 2020 akan terus ditunda, dengan MFL dan FAM dijangka mengumumkan keputusan berkenaan status liga nanti.
Namun aktiviti sukan outdoor yang tidak melibatkan sentuhan badan dan perhimpunan ramai dibenarkan.
‘Jadi, saudara-saudari boleh bermain badminton atau tenis di luar tanpa penonton,” katanya dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja.
“Jogging, kayuhan basikal, golf dan larian dalam kumpulan kecil tidak melebihi 10 orang juga dibenarkan dengan syarat anda mengamalkan penjarakan sosial dan elakkan sentuhan badan.”