Liga Super Malaysia Berita

[VIDEO] JDT lakukan proses sanitasi di Padang Seri Gelam

Johor Darul Ta’zim FC membuat keputusan untuk melakukan proses sanitasi terhadap pusat latihan, Padang Seri Gelam baru-baru ini.

Menurut laman rasmi Johor Southern Tigers, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim telah mengarahkan agar kesemua fasiliti-fasiliti milik JDT melalui proses sanitasi yang kerap sebagai langkah pencegahan bagi melawan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Justeru, pusat latihan JDT di Padang Seri Gelam telah melalui proses pembasmian kuman yang dilakukan oleh sebuah syarikat Johor, Pro Green Equipment & Services.

Safety First! #JDTTrainingCentre sanitized 🦠❌#JDT#StaySafe#LuaskanKuasamuJohor

Posted by JOHOR Southern Tigers on Tuesday, 24 March 2020

 

Syarikat tersebut menggunakan produk buatan Jerman yang telah diuji dengan pelbagai jenis virus seperti wabak Covid-19 pada masa ini dan banyak lagi.

Ini dilihat sebagai satu usaha yang baik bagi mencegah mana-mana staf yang masih perlu berkhidmat ketika perintah kawalan pergerakan daripada terkena sebarang jangkitan koronavirus.