Berita AFC Champions League

ACL2020: Gol Mauricio bantu JDT raih kemenangan pertama

JDT raih kemenangan pertama dalam AFC Champios League musim 2020 apabila menewaskan Suwon Bluewings 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim.

JDT mendahului menerusi sepakan penalti Gonzalo Cabrera pada minit ke-13.

Namun Suwon berjaya menyamakan kedudukan menerusi tendangan jarak jauh Terry Antonis pada minit ke-51.

Dalam keadaan kedua-dua pasukan mencari gol kemenangan, Mauricio sekali lagi menjadi wira JDT apabila menanduk masuk hantaran dari Nazmi Faiz pada minit ke-73.

JDT kini berada di kedudukan kedua dalam kumpulan G dengan mengumpul tiga mata, di belakang Vissel Kobe yang mengumpul enam mata.