Futsal

Mexico kena ‘lauk’

Skuad futsal kebangsaan memulakan kempen Kejohanan ‘The Belt and Road Cup CFA International Futsal Tournament 2019’ dengan penuh bergaya setelah membelasah Mexico 9-2. Mexico yang menduduki tangga ke-45 ranking futsal dibelasah Malaysia yang menghuni tangga ke-54.

Pemain dari pasukan Perak, Ridzwan Bakri menyumbat empat gol manakala Abu Haniffa Hasan dan Awalludin Mat Nawi masing-masing menyumbang dua gol. Satu lagi gol dihasilkan oleh Ahmad Harith Naim. 

Skuad bimbingan Chiew Chun Yong akan bertemu dengan pasukan tuan rumah, China pada hari ahad sebelum melengkapkan jadual perlawanan menentang Myanmar pada hari isnin.

Seramai 16 pemain telah dipanggil untuk menyarung jersi negara sebagai persiapan bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2019 yang akan berlangsung pada bulan depan. Terdahulu, empat pemain telah digugurkan sepanjang kem latihan pusat yang berlangsung di Arena Futsal FAM, Kelana Jaya.