Malaysia Berita

Rasmi : JDT buat penampilan pertama dalam PES 2020

Juara enam kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan pertama daripada Liga Malaysia yang bakal membuat penampilan di dalam permainan eFootball Pro Evolution Soccer 2020.

Dalam satu laporan daripada jomgaming.my, Konami telah mengeluarkan senarai pasukan yang terlibat di dalam Liga Juara-Juara Asia musim 2019 dan JDT turut termasuk di dalam senarai terbabit.

SAH! JDT AKAN DITAMPILKAN SECARA RASMI DALAM PES 2020 MELALUI AFC CHAMPIONS LEAGUEKelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, 21 August 2019

Ini merupakan rekod terbaharu JDT sebagai sebuah kelab yang telah mencatat pelbagai kejayaan di peringkat domestik mahupun antarabangsa.

Para peminat JDT boleh mendapatkan PES 2020 pada 10 September 2019.