Skuad Bawah 18 Tahun (B-18) dalam misi untuk menundukkan Kemboja pada perlawanan ketiga peringkat Kumpulan B di Stadium Thanh Long, hari ini.
Perlawanan yang dijadualkan jatuh pada Hari Raya Korban memaksa pemain negara berkorban bagi melupakan cuti bersama keluarga dan fokus untuk perlawanan ketiga.
Skuad muda negara perlu mengelak daripada keciciran mata selepas tewas pada perlawanan pertama dan menang pada perlawanan kedua menentang Singapura.
Bagi Brad Maloney, beliau menjangkakan perlawanan sengit dengan Kemboja selepas pasukan tersebut menumpaskan Thailand, 4-3.
“Apa yang saya lihat, Kemboja adalah sebuah pasukan yang cukup bagus dan memiliki pemain berkualiti.
“Sudah pasti dengan semua itu, perlawanan akan jadi lebih sengit,” katanya ketika dihubungi hari ini.