Piala Malaysia Berita

Piala Malaysia : Laluan mudah buat JDT

Majlis Undian Piala Malaysia 2019 menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) mendapat lawan mudah pada saingan Kumpulan B yang bakal bermula selepas perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini.

Majlis undian yang dilakukan di Damansara Performing Art Center itu dihadiri oleh kesemua wakil pasukan yang bertanding pada kali ini.

Juara Liga Super kali keenam ini diundi bersama-sama dengan skuad PJ City yang meleburkan rekod tanpa kalah JDT di Liga Super bersama-sama dengan UiTM FC dan PKNP FC.

JDT yang pernah tewas dengan PJ City pada aksi Liga Super yang lalu sehingga rekod tanpa kalah mereka lebur di Larkin boleh menggunakan peluang ini untuk membalas dendam skuad kendalian K. Devan.

JDT pastinya ingin mengulangi detik kemenangan Piala Malaysia pada musim 2017 di mana mereka berjaya menewaskan Kedah, 2-0 di Stadium Shah Alam.

Berikut adalah senarai Kumpulan ;

Kumpulan A : Kedah, Terengganu FC, PKNS FC, dan Negeri Sembilam

Kumpulan B : JDT, PJ City, PKNP FC dan UiTM FC.

Kumpulan C : Pahang, Perak, Sabah dan Pulau Pinang.

Kumpulan D : Selangor, Melaka, Felda United FC dan PDRM.