Perak berjaya menewaskan tuan rumah, Pulau Pinang dengan jaringan 8-3 pada aksi Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) semalam.
Perlawanan yang dijalankan di Kompleks Sukan Azman Hashim USM semalam telah menyaksikan Perak berjaya mencatat kemenangan kedua dan berjaya memintas Pulau Pinang di kedudukan keempat liga.
Dengan kutipan mata sebanyak 8 mata telah berjaya mengukuhkan kedudukan Perak manakala Pulau Pinang kekal dengan 7 mata, perbezaan satu mata dengan Perak.
Biarpun menguasai perlawanan tetapi pemain Pulau Pinang gagal mengekang asakan Perak untuk mencatat kemenangan di laman lawan.