Riyad Mahrez berjaya menghantar Algeria ke final Piala Negara-Negara Afrika buat pertama kali selama 29 tahun dengan sepakan percuma yang cantik ketika menewaskan Nigeria.
Perlawanan yang terikat dengan jaringan 1-1 berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Algeria apabila pemain sayap Manchester City menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan.
RIYAD MAHREZ HAS WON IT FOR ALGERIA, IN THE LAST MINUTE! 🔥
— City Chief (@City_Chief) July 14, 2019
Mahrez yang terkenal dengan kaki kirinya telah berjaya membenam Nigeria bagi memberi final pertama buat pasukannya.
Tendangan itu juga telah menafikan peluang Nigeria untuk mara ke pentas akhir bertemu Senegal pada Jumaat depan selepas pasukan Aliou Cisse berjaya menewaskan Tunisia 1-0 melalui gol masa tambahan.