Malaysia Berita

Yusri minta KAFA selesaikan tunggakan gaji

Ketua Jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah mahu pengurusan baharu Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) lebih bersikap tanggungjawab dan prihatin terhadap nasib pemain serta barisan jurulatih.

Ia adalah susulan kes tidak menerima gaji dalam tempoh hampir tiga bulan.

“Bukan saya meminta kelebihan dari segi apapun. Namun sebagai manusia saya perlu membela pemain beraksi malam ini (Jumaat malam) tanpa dibayar gaji dua bulan setengah. Apabila dinilai dengan keinginan mereka (pemain) seolah-olah dibayar setiap bulan.

“Begitu juga ada dikalangan kami (jurulatih) masih lagi tidak menerima gaji hampir tiga bulan namun hadir ke tempat latihan tanpa jemu dan tanpa alasan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan Liga Premier menentang Selangor United di Stadium Sultan Muhammad lV di sini.