Pengurus pasukan Wanita England, Phill Neville menyatakan bahawa peluang untuk menjadi yang terbaik masih terbuka buat England dan beliau tidak akan menangisi kekalahan ke atas Amerika Syarikat.
Pasukan Wanita England tersingkir daripada Piala Dunia 2019 selepas tewas 2-1 ke atas Amerika Syarikat dalam satu perlawanan penuh drama – Video Bantuan Pengadil (VAR), gol penyamaan yang tidak dikiran dan penalti yang gagal dijaringkan.
Jaringan awal Amerika Syarikat dihasilkan oleh Christen Press sebelum pemain England, Ellen White menyamakan kedudukan tetapi hanya bertahan beberapa minit sahaja sebelum Alex Morgan menjadi pembunuh harapan England dengan tandukan tajam beliau.
Biarpun kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan pada babak kedua, keputusan VAR telah menjadi perhatian umum pada perlawanan tersebut. White sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-67 tetapi tidak dikira selepas pengadil menilai kembali gol tersebut menggunakan VAR.
Selepas itu, VAR sekali lagi digunakan apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada England tetapi kapten pasukan, Steph Houghton gagal menjaringkan gol apabila bolanya mudah diselamatkan penjaga gol Amerika Syarikat, Alyssa Naeher.
“Ia adalah 90 minit yang paling menarik pernah saya bekerja sebagai pengurus, di mana pemain saya mahu berada dan di mana saya mahu berada.
“Saya tidak sedih dan saya tidak akan kembali ke bilik malam ini dan merasa kasihan pada diri saya sendiri. Ia kini menjadikan kami lebih baik dan mendapat dua atau tiga peratus lagi yang akan menjadikan kami salah satu pasukan terbaik di dunia.
“Matlamatnya ialah untuk menjadi yang terbaik, seperti Amerika. Kami masih agak sedikit tetapi saya tidak akan berhenti sehingga kami sampai di sana.”