Ole Gunner Solskjaer telah mendesak pengurusan Manchester United untuk menjual Paul Pogba, kata Daily Star.
Paul Pogba sebelum ini dengan jelas menyatakan bahawa beliau mahu keluar daripada United bagi mendapatkan cabaran baharu selepas tiga musim di Old Trafford.
Dalam laporan yang sama juga menyebut, disebabkan kesan pemotongan dana yang diberikan oleh United, pengurus Norway mahu Pogba dijual bagi mendapatkan dana perpindahan untuk merombak keseluruhan skuad musim ini.
Untuk rekod, Solskjaer hanya mendapat 100 juta euro dari pengurusan United bagi merombak keseluruhan pasukan musim ini.
Dengan Juventus dan Real Madrid bersedia untuk mendapatkan Pogba, United dilihat hanya akan melepaskan Pogba jika kedua-dua pasukan tersebut bersedia membayar 150 juta euro dan tidak kurang daripada itu.