Skuad Melaka United perlu melapor diri bagi menjalani latihan seawal 4 Syawal, kata ketua jurulatih MU, Zainal Abidin Hassan.
Ia bagi menyediakan pasukan dalam mengahadapi misi sukar bertemu Terengganu FC (TFC) pada aksi Liga Super pada 15 Jun depan.
Bagi beliau, tempoh enam hari cuti yang diberikan dari dua 2 Jun lalu sepatutnya mencukupi bagi merayakan sambutan bersama keluarga.
Beliau juga turut mengingatkan kepada para pemain agar berhati-hati di jalan raya.
“Berhati- hati di jalan raya bukan saja kepada pemain MU malah semua penyokong dan masyarakat di negara ini. Semoga semua selamat sampai ke destinasi.
“Apapun fokus terarah kami kepada persiapan mantap untuk berdepan TFC di Stadium Hang Jebat bagi mengharungi perlawanan ke-16 buat pasukan. Misi kami adalah meraih mata maksimum,” katanya.