Malaysia Berita

Safawi tekad mahu perbaiki kelemahan

Malaysia bakal berdepan Timor Leste pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.

Bagi pemain sayap skuad kebangsaan, Safawi Rasid akui beliau perlu menajamkan lagi penyudah beliau bagi memberi kelebihan kepada skuad kebangsaan.

Safawi yang berjaya menjaringkan gol pada aksi persahabatan menentang Nepal menerusi sepakan penalti turut menambah antara kelemahan lain yang masih perlu diperbaiki adalah komunikasi antara semua pemain.

“Selepas Aidilfitri nanti kami akan tingkatkan dengan banyak latihan untuk mendapatkan keserasian. Keputusan malam ini (berdepan Nepal) sangat baik dan ia mungkin akan memberi kesan kepada ranking kita.

“Memang banyak peluang, mungkin bukan rezeki saya (untuk menjaringkan gol). Saya teruskan usaha dan berjaya menyudahkan sepakan, namun saya perlu tajamkan lagi penyudah,” katanya