Kolum

10 pemain dengan ikrar taat setia tetapi akhirnya keluar meninggalkan kelab

Kesetiaan adalah perkara lama yang amat penting dalam bola sepak. Pemain dijangka memilikinya secara semulajadi dan pasukan boleh menjadi terlalu kejam ketika berurusan dengan para pemain.

Situasi ini akhirnya akan meninggalkan kesan mendalam kepada para peminat dan mereka akan menjadi sangat kritikal terhadap para pemain yang memilih untuk meninggalkan kelab terbabit.

Pemain yang meluahkan hasrat untuk meninggalkan kelab masing-masing, walaupun terdapat sebab-sebab tertentu yang mudah difahami – keluarga, kewangan atau tempat tinggal – sering menjadi mangsa kritikan dan ia kadang-kadang tidak masuk akal.

Tetapi tidak semuanya adalah salah peminat, peminat menjadi kritikal apabila ada beberapa pemain yang memanipulasi mereka dengan menyatakan kesetiaan secara terbuka tetapi akhirnya memilih untuk meninggalkan kelab terbabit.

Berikut adalah 10 pemain yang telah memberi taat ikrar tetapi akhirnya berpaling pergi meninggalkan kelab terbabit.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

1. Antoine Griezmann

Pemain sayap kiri Atletico Madrid, Griezmann sebelum ini dalam satu kenyataan menyatakan taat setia beliau bersama Madrid kerana beliau percaya, perpindahan ke Barcelona hanya menjadikan beliau pemain biasa.

“Saya telah memutuskan untuk tinggal. Saya rasa ada hubungan dengan Atletico. Di Barcelona, saya akan menjadi satu lagi pemain lain.” Katanya.

Tetapi ianya mula berubah apabila Barcelona menyatakan minat untuk mendapatkan beliau dan terbaru, satu klip Griezman berdiri dengan senyuman besar di hadapan Wanda Metropolitano dengan satu skrip perpisahan yang ditujukan kepada para peminat Atletico

Apa yang menimbulkan rasa kurang puas daripada para peminat adalah apabila Griezman sebelum ini pernah menyatakan bahawa beliau “tidak akan menyesal” untuk terus kekal di ibu kota Sepanyol yang bagi beliau adalah ‘rumahnya’.

Mandatory Credit: Clive Brunskill /Allsport

2. Luis Figo

“Saya ingin memberi jaminan kepada para peminat, bahawa Luis Figo, dengan segala kepastian di dunia, akan berada di Camp Nou pada 24 Julai untuk memulakan musim ini.”

Figo telah berjaya mendapatkan cinta dan kasih sayang para peminat terhadapnya dan bahkan telah dilantik menjadi kapten. Apabila khabar angin mengenai minat Real Madrid terhadapnya, Figo berjanji kepada para peminat Barca bahawa beliau kekal bersama mereka.

Tetapi secara zahirnya tidak, beliau memilih untuk meninggalkan Barca dan menyertai musuh ketat, Real Madrid. Tindakan beliau akhirnya menimbulkan kebencian peminat Barca terhadapnya.

(Photo by Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images)

3. Cecs Fabregas

“Saya sangat gembira di mana saya berada. Jika saya mengatakan apa-apa lagi kepada anda, saya akan berbohong. Saya pemain Arsenal, kami mempunyai pasukan hebat dan jurulatih yang hebat. ”

Para peminat Arsenal sebelum ini telah menunjukkan rasa takut apabila pemain kelahiran Catalan ini telah menunjukkan kepada para peminat bahawa beliau adalah pemain tengah terbaik yang mereka miliki.

Kata-kata kesetian daripada Fabregas sedikit sebanyak melegakan para peminat.

Tiba-tiba di hari yang lain, Fabregas memilih untuk melupakan kata-katanya dan bertindak meninggalkan Emirates untuk menyertai Barca pada musim panas 2011.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

4. Luis Suarez

“Saya menandatangani kontrak ini kerana saya suka di sini dan saya sangat gembira di sini. Jika anda tidak gembira di sini, anda tidak akan menandatangani sebarang kontrak.”

Penyerang kebangsaan Uruguay, Suarez menandatangani kontrak baharu dengan Liverpool pada pertengahan tahun 2013/14, di mana waktu itu Liverpool sedang menikmati dominasi Liga Perdana. Biarpun dikaitkan dengan wang yang besar di La Liga, Suarez menyatakan kesetiaan kepada para peminat Liverpool.

Kemudian, apabila musim Liga Perdana tamat, Suarez tidak lagi kembali ke Anfield malah beliau menuju ke Barcelona di mana beliau katanya bahawa kelab dari Catalan itu selalu menjadi impiannya.

(Photo by Marco Luzzani/Getty Images)

5. Kaka

“Saya tidak mahu apa-apa lagi, saya hanya mahu menjadi lebih baik dan gembira di tempat di mana semua orang sukakan saya. Milan adalah rumah saya, di mana saya terasa dekat dan di mana hati saya benar-benar berada. ”

Kaka sebelum ini menyatakan sumpah bahawa beliau tidak akan meninggalkan Milan dan hanya Milan sahaja yang dicintainya.

Tetapi enam bulan kemudian, Kaka diperkenalkan sebagai pemain Real Madrid dengan senyuman besar di Santiago Bernabeu.

Mandatory Credit: Stu Forster/Allsport

6. Sol Campbell

“Saya tinggal.” Kata Campbell kepada para peminat Spurs apabila menafikan gosip yang menyatakan bahawa beliau mahu berpindah ke Arsenal.

Campbell mempunyai kualiti yang diperlukan oleh Arsenal – pantas, kuat dan fizikal. Apabila dia dikaitkan dengan kelab terbabit, beliau menegaskan mahu kekal bersama Spurs.

Tetapi pada musim panas, beliau memilih untuk menyarung jersi musuh ketat Spurs, Arsenal dan ianya tidak diterima baik oleh para penyokong Spurs.

(Photo by Sharon Latham/Manchester City FC via Getty Images)

7. Emmanuel Adebayor

“Musim depan, 100%, saya seorang pemain Arsenal.”

Emmanuel Adebayor kelihatan seperti seorang pemain yang bersedia untuk mengangkat permainannya ke peringkat lebih tinggi pada musim panas tahun 2008.

Namun, apabila dia menjanjikan bahawa dia mahu kekal di Arsenal tetapi akhirnya memilih untuk menyertai Manchester City. Langkah ini jelas tidak mendapat sambutan yang baik daripada para penyokong Arsenal tetapi Adebayor tidak pernah peduli dengan sambutan para penyokong Arsenal dan malah beliau merayakan gol di hadapan penyokong Arsenal.

(Photo by Chris Brunskill/Fantasista/Getty Images)

8. Dimitar Berbatov

“Saya hanya ingin mengatakan bahawa saya gembira di sini dan saya akan membantu kelab dalam apa jua cara saya yang boleh. Saya mempunyai kontrak dan saya akan memberikan yang terbaik. ”

Dimitar Berbatov adalah permata Spurs dan pemain bola yang hebat. Tetapi apa yang menjadi punca beliau memilih untuk pergi adalah tidak pasti dan untuk melihat beliau bermain dengan Manchester United sudah pastinya tidak dapat diterima oleh para peminat Spurs.

(Photo by Neville Williams/Aston Villa FC via Getty Images)

9. Fabian Delph

“Saya tidak pergi. Saya tinggal di kelab bola sepak ini dan saya tidak boleh menunggu untuk permulaan musim ini untuk bermain kelab bola sepak yang hebat ini. ”

Apa yang mengejutkan tentang Delph adalah beliau menyatakan taat setia kepada pasukan minggu ini dan pada minggu hadapan, beliau menyarung jersi Manchetser City.

Sudah pasti ianya sukar untuk difahami oleh para penyokong Aston Villa.

(Photo by Sonia Canada/Getty Images)

10. Thibaut Courtois.

“Saya komited dengan Chelsea. Saya mempunyai kontrak sehingga tahun depan dan saya akan berada di sini. Saya akan melakukan yang terbaik untuknya.”

Dengan Courtois yang sering bermain tarik tali tentang masa depannya bersama Chelsea, tidak hairanlah bahawa kebanyakkan peminat Chelsea tidak mempercayai kata-kata beliau.

Dan mereka berhak meragui kata-kata penjaga gol kebangsaan Belgium ini dan musim lalu, kita dapat saksikan Courtois menyarung jersi Real Madrid dan tentu saja tidak ada cinta yang hilang di antara Courtois dan bekas kelabnya.