Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah melengkapi muka depan pelbagai majalah saban tahun, tetapi tidak seperti yang digambarkan oleh edisi terbaru France Football.
Lukisan dua pemain yang sedang bercium menjadi muka hadapan majalah tersebut telah mencetuskan perdebatan di laman sosial.
Reka bentuk tersebut adalah karya asal artis urban TvBoy yang dilukis di Barcelona sekitar dua tahun yang lalu.
Salah seorang pengguna sosial media dengan nama Blue-G telah menyatakan bahawa muka hadapan majalah terbabit adalah contoh kredibiliti kedua-dua pemain dalam memenangi anugerah Ballon D’or.
this @francefootball cover tells you everything you need to know about the credibility of the Balon Dór. pic.twitter.com/cBokxPcZue
— Iso (@Bluegrenades) April 15, 2019
Bagi pengguna Twitter, Barca Number One Fan, cara France Football ini seolah-olah tidak menghormati kedua-dua lagenda dan keluarga mereka.
Why France football? Why…..?
This disrespectful to two football legends and their families. pic.twitter.com/1RcSsXsMCB— Barca Number One Fan (@NumberBarca) April 16, 2019