Skuad futsal wanita Kedah FA memanfaatkan masa yang ada sehingga Jun ini bagi mempersiapkan diri bagi menghadapi Liga Futsal Profesional Malaysia yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Justeru, anak buah Badrulhisham Sulaiman telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Perak FA bagi memantapkan lagi pasukan serta memperbaiki kelemahan yang ada.
Perlawanan persahabatan yang berakhir dengan keputusan 3-0 berpihak kepada pasukan pelawat adalah medan terbaik untuk kedua-dua pasukan untun mencari keserasian.
Tambahan pula, Perak FA yang disertai oleh beberapa pemain berpengalaman adalah pengajaran terbaik buat pasukan Kedah bagi membolehkan mereka mencari pengalaman bagi menghadapi pasukan yang lebih besar.
Sebelum ini, skuad futsal wanita Kedah FA telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan MAKSAK Pulau Pinang yang berakhir dengan jaringan besar dihasilkan oleh pasukan Kedah, 10 gol tanpa bolos.
Liga Futsal Professional Malaysia akan bermula Jun ini dan bagi saingan kategori wanita bakal dijalankan secara karnival manakala kategori lelaki melalui format perlawanan timbal balik.