Liga Super Malaysia Berita

Zainal Jangka Pertembungan Sengit

Jurulatih Melaka, Zainal Abidin Hassan menuntut para pemain beliau untuk kekal fokus sepenuhnya ketika berhadapan dengan Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat, Sabtu ini.

Kedua-dua pasukan bakal turun dengan misi memburu tiga mata penuh setelah berjaya mencatat dua kemenangan pada perlawanan sebelum ini.

Justeru, Zainal meminta agar pemainya memberi tumpuan kepada setia pergerakan bola dan lawan mereka. Beliau juga turut mengingatkan kepada anak buahnya agar tidak mengulangi kesilapan yang sama.

“Kami perlu agresif dan bermain mengikut pelan permainan kami sambil mengelakkan melakukan sebarang kesilapan yang tidak perlu bagi kami untuk mempunyai kelebihan serta peluang untuk menjaringkan gol.

“Malah, kita mesti memanfaatkan kelebihan bermain di tempat sendiri untuk menang, kerana tidak ada tempat yang lebih baik untuk menang berbanding dengan peminat kita sendiri, yang sokongan dan sorakannya sangat penting bagi kita,” katanya Zainal kepada Sukan NST.

Dalam perkembangan yang sama, Zainal positif dengan perkembangan dua pemain mereka yang mengalami kecederaan sebelum ini.

Pemain tengah Montenegrin, Darkon Markovic bakal diturunkan bertemu dengan skuad Tok Gajah manakala Ahmad Khuzaimi Piee sudah mula menjalani latihan penuh setelah