Malaysia Berita

Piala AFF Suzuki 2018 : Malaysia vs Laos – Praperlawanan

Malaysia

Kekuatan : Serangan Malaysia mempunyai gabungan diantara pengalaman dan kreativiti yang baik. Penyerang negara pasti akan mencari gol awal untuk meletakkan skuad negara dalam kedudukan yang selesa. Kehadiran Norshahrul Idlan Talaha, pemenang edisi 2010 Piala Suzuki AFF, yang diapit oleh Sumareh, Zaquan Adha dan Safawi Rasid, menjadikan bahagian serangan Malaysia stabil dan kuat.

Kelemahan : Pertahanan Malaysia harus lebih tenang ketika mengawal keadaan di apabila menerima tekanan daripada lawan. Bahagian pertahanan tidak boleh membuat kesilapan yang sama ketika Harimau Malaya bertemu dengan Kemboja. Tan Cheng Hoe perlu mengingatkan pemain pertahanannya untuk fokus dan kekal konsisten.

Pemain Penting – Safawi Rasid

Safawi Rasid agak malang dalam perlawanan Malaysia menentang Kemboja, ketika percubaannya pada minit-minit awal permainan terkena tiang. Pada perlawanan dengan Loas di Stadium Bukit Jalil, hari ini, Safawi pasti akan menunjukkan bahawa dia mempunyai sesuatu untuk dibuktikan.

Laos

Kekuatan : Jurulatih Sundramoorthy mempunyai banyak pengalaman di peringkat ini, setelah berada di sini sebagai pemain dan jurulatih pasukan kebangsaan Singapura. Memiliki mentaliti untuk menang, dia pasti akan menetapkan strategi untuk mengekang tekanan Malaysia. Selain itu, kehadiran Khonesavanh Sihavong di bahagian tengah pasti akan menguatkan lagi skuad Loas.

Kelemahan : Kelemahan pertahanan Laos jelas boleh dilihat semasa perlawanan dengan Vietnam. Sundramoorthy pasti perlu melakukan sesuatu untuk menangani masalah ini sebelum skuad beliau turun menentang Malaysia, hari ini.

Pemain Penting – Khonesavanh Sihavong

Sihavong adalah pemain paling berpengalaman di kem Laos. Beliau pasti mahu membuktikan sesuatu semasa perlawanan menentang Malaysia esok. Dia menjaringkan gol dalam edisi 2012 Piala AFF ketika bermain melawan Harimau Malaya, dan dia tidak asing lagi dengan bola sepak di peringkat ini

Ramalan : Malaysia 3 – 0 Laos