Pengurus Rangers, Steven Gerrard mengatakan tidak ada tempat dalam bola sepak untuk insiden yang menyaksikan seorang pembantu pengadil cedera, setelah terkena balingan objek keras sewaktu perlawanan Ahad di Livingston.
Perlawanan pada Ahad lalu telah diberhentikan beberapa minit bagi membolehkan pembantu pengadil diberi rawatan.
Pembantu pengadil mengalami pendarahan di bahagian kepala setelah objek keras di baling daripada kawasan penyokong Rangers.
Media tempatan berkata Rangers akan bekerjasama dengan Livingston dan Polis Scotland untuk mengenal pasti pesalahnya.
“Saya fikir tindakan tersebut tidak ada dalam bola sepak, ” Gerrard memberitahu pemberita selepas perlawanan itu, yang Rangers kalah 1-0.
“Saya fikir kita semua tahu itu tidak betul. Dia (pembantu pengadil) cuba melakukan pekerjaan dengan baik.”
Persatuan pekerja profesional untuk pengadil bola sepak di Scotland mengutuk insiden tersebut dan menyeru Persatuan Bola Sepak Scotland (SFA) untuk melancarkan siasatan.
“Kami mengutuk insiden yang tidak dapat diterima pada perlawanan hari ini. Ini tidak boleh diterima,” kata Cabar, Pengadil Bola Sepak Scotland pada halaman Twitternya.
“Kami menyeru @ScottishFA untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh dengan kadar segera. Pengadil & pegawai berhak di lindungi, bebas daripada intimidasi dan keganasan.”