Saya mula mengenali Ia Wright melalui salah satu kejutan dalam bola sepak. Ketika itu, dia mewakili pasukan Crystal Palace di final FA sewaktu berdepan Manchester United. Walaupun United merupakan pilihan tetapi Wright yang masuk sebagai pemain gantian dilihat tidak menghiraukan situasi itu.
Secara tiba-tiba, dia menghadirkan kenangan buruk buat penyokong The Red Devils melalui dua gol lewat yang hebat. Walaupun United meraih kejuaraan melalui gol saat akhir, namun saya benar-benar terpesona dengan aksi Wright.
Sebenarnya, saya tidak pernah menyangka bahawa dia sehebat itu. Saya berasa hairan apabila memikirkan tiada pasukan besar di luar England yang memburu khidmatnya. Namun, dengan bakat yang dimiliki, dia layak menerima pujian di peringkat lebih besar.
Salah satu sebab mengapa Wright tidak meraih perhatian lebih luas adalah kerana di hanya sampai ke kemuncak prestasi pada usia lewat 20-an. Prestasi terbaiknya juga agak lewak jika mengambil kira zaman kemuncak Liga Perdana Inggeris. Jika ia hadir lebih pantas, mungkin dia bergelar bintang dunia dan bukan hanya di peringkat kebangsaan.
Ia juga agak merugikan Arsenal kerana memiliki seorang penyerang ikonik agak lewat daripada zaman kemuncaknya. Hanya sebilangan kecil penyerang yang mampu mendapatkan perhatian penyokong pasukan seperti Wright tetapi Thierry Henry juga salah seorang daripadanya. Henry juga dapat memecahkan rekod Wright dengan pantas dan sudah tentu jika Wright hadir lebih awal, sukar buat Henry untuk mencipta rekod baru.
Mungkin tidak perlu untuk membincangkan karier Wright lebih daripada ini. Apa yang patut diperkatakan adalah prestasi hebat dan kualiti yang dimiliki serta penyudahan di depan gawang. Dalam satu video di Youtube berjudul “Born To Finish”, ia memaparkan betapa hebatnya sentuhan individu yang lahir pada 3 November ini.
Dia mampu menendang menggunakan kedua belah kaki dan mendapatkan ruang dalam kotak penalti yang padat serta melepasi benteng lawan dengan mudah. Pemain yang memiliki perwatakan seperti itu adalah David Villa dan dia juga melalui tempoh panjang untuk berjaya.
Sebenarnya, masih menjadi misteri mengapa Ian Wright tidak diperhatikan begitu lama. Dalam dokumentari Rocky & Wrigthy: From Brockley to the Big Time, dia menjelaskan bahawa rakan sejak kecilnya, David Rocastle – yang pernah beraksi semusim bersamanya di Arsenal – cuba untuk meyakinkannya bahawa dia adalah pemain yang bagus dan agak pelik kebolehannya tidak menjadi rebutan ramai. “Mereka membuat kesilapan”, Rocastle cuba meyakinkannya. Dalam dokomentari yang sama, pemain Crystal Palace, Steve Coppel, juga terkejut melihat tidak banyak pasukan gergasi yang cuba mendapatkannya.
Mungkin salah satu alasan adalah Wright terlalu lama menjadi pemain yang terlalu normal, tidak berbeza dengan orang lain di dunia. Sehingga saat ini, dia tidak kelihatan seperti seorang individu yang penting. Dia mampu menjadi teman yang rapat dalam pertemuan keluarga atau seseorang yang menumpahkan bir anda di kelab dan menggantikannya semula.
Dia adalah Superman yang tidak memerlukan kostum – selepas tampil hebat di padang, dia menjalani kehidupan biasa. Sebab itu dia tidak dilihat istimewa kerana kebanyakan ikon dunia sukan mempamerkan nilai eksklusif sendiri. Apabila anda berselisihan dengan Rafael Nadal di jalan, anda mungkin akan cuba mengawal jarak anda tetapi jika ianya adalah Ian Wright, tentu mudah untuk anda mengajaknya ke bar berdekatan.
Beberapa tahun kemudian, Wright masih menipu kita semua. Sewaktu kami berbincang dengan rakan, dia menjelaskan bahawa Wright bukanlah pemain yang pantas tetapi luar biasa pantasnya. Seperti Luis Suarez, dia mampu mendapatkan penyudahan terakhir dengan baik. Mungkin sudah ditakdirkan bahawa segalanya mudah buatnya. Namun, jika anda melihat apa yang dilakukan, pasti akan terperanjat.