Setiap pemain bola sepak di dunia sudah pasti mengharapkan tuah apabila bersama kelab masing-masing. Ia mampu membantu mereka dalam usaha untuk meraih panggilan skuad kebangsaan bagi menghadapi saingan antarabangsa seperti Piala Dunia, Copa America, EURO dan lain-lain.
Justeru, setiap pemain akan cuba mendapatkan kelab yang sesuai dengan cara permainan mereka dan begitu juga dengan barisan kelab di Eropah. Berikut adalah koleksi transfer rumours terhangat di Eropah pada hari ini:

Adnan Januzaj
Kecemerlangan yang ditampilkan pemain sayap Belgium ini sewaktu berdepan England tidak boleh dinafikan. Malah, Januzaj merupakan penjaring gol tunggal perlawanan sehingga memberikan status juara kumpulan buat pasukan bimbingan Roberto Martinez. Situasi itu membuatkannya untuk kembali ke Manchester United tatkala pasukan Liga Perdana Inggeris itu mempunyai klausa pembelian semula terhadapnya sewaktu melepaskan khidmat pemain berusia 23 tahun itu ke Real Sociedad.

Aleksandar Mitrovic
Penyerang Serbia dalam saingan Piala Dunia 2018 ini dijangka akan cuba dikejar oleh Fulham menerusi perpindahan tetap. Dia menjaringkan 12 gol dalam tempoh enam bulan sewaktu dipinjamkan kepada The Cottagers pada musim lalu dan Slavisa Jokanovic bercadang untuk mengekalkannya, secara tetap. Newcastle United meletakkan tanda harga pemain berusia 23 tahun itu pada nilai GBP20 juta.

Robert Huth
Bekas benteng Chelsea yang pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris bersama Leicester City ini kini menjadi buruan Aston Villa. Situasi itu berlaku selepas John Terry membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan, sekaligus Huth dirasakan mampu bertindak selaku pengganti yang ideal. Sewaktu menjulang trofi liga bersama The Foxes sehingga mengejutkan banyak pihak, Huth telah membentuk gandingan mantap di benteng pasukan bersama Wes Morgan.

Willian
Pemain sayap The Blues ini dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United pada musim depan tetapi Barcelona merupakan pasukan yang dikatakan telah mengemukakan tawaran buatnya. Khidmat pemain berusia 29 tahun itu tampak diperlukan di Camp Nou susulan keputusan Andres Iniesta meninggalkan pasukan. Bagaimanapun, tawaran GBP50 juta dari Barca telah ditolak oleh Chelsea.

Fernando Torres
Pemenang Piala Dunia 2010 ini telah disahkan tidak memperbaharui kontrak bersama Atletico Madrid pada awal tahun ini. Namanya sering dikaitkan dengan penghijrahan ke Liga Super China, namun kini bekas penggempur Liverpool ini dilaporkan telah bersetuju untuk menyertai kelab Liga Jepun, Sagan Tosu. Selain ke China atau Jepun, Torres juga dikaitkan dengan perpindahan ke negara Timur Tengah.