Santai Berita

“Cabaran buat Shahrel Fikri” – Senarai 10 penyerang import terbaik di Liga Thai 1 setakat ini

Shahrel Fikri berdepan dengan cabaran yang cukup besar.

Walaupun Shahrel merupakan antara penyerang tempatan terbaik di Malaysia, beliau kini akan dilabel sebagai pemain import di Liga Thai 1 dan seperti yang kita tahu, jangkaan peminat terhadap pemain tempatan dan pemain import cukup berbeza.

Tambahan pula, Shahrel Fikri telah diberikan jersi No.9 di Nakhon Ratchasima FC, bermakna penyerang muda ini dijangka akan menggalas tanggungjawab menjaringkan gol untuk skuad Swat Cats dalam baki aksi Liga Thai musim ini.

Tugas yang cukup sukar, namun tidak mustahil. Ini kerana seorang lagi pemain Asia Tenggara, Aung Thu dari Myanmar, kini digelar sebagai antara pemain import terbaik di Thailand. Malah, beliau sudah berjaya menjaringkan 10 gol di Liga Thai 1 2018, setakat ini.

Berdasarkan statistik terkini, berikut adalah senarai 10 penyerang terbaik Liga Thai 1 yang perlu dicontohi Shahrel Fikri:

BERNARD DOUMBIA

Negara: Ivory Coast
Kelab: Chainat Hornbill
Penampilan: 20
Jumlah Gol: 10

AUNG THU

Negara: Myanmar
Kelab: Police Tero FC
Penampilan: 19
Jumlah Gol: 10

LONSANA DOUMBOUYA

Negara: Guinea
Kelab: PT Prachuap
Penampilan:19
Jumlah Gol: 11

DRAGAN BOSKOVIC

Negara: Montenegro
Kelab: Port FC
Penampilan: 19
Jumlah Gol: 11

MICHAEL N'DRI

Negara: Perancis
Kelab: Police Tero FC
Penampilan: 18
Jumlah Gol: 11

NELSON BONILLA

Negara: El Salvador
Kelab: Sukhothai FC
Penampilan: 19
Jumlah Gol: 14

SERGIO SUAREZ

Negara: Sepanyol
Kelab: Port FC
Penampilan: 16
Jumlah Gol: 14

JONATAN REIS

Negara: Brazil
Kelab: PT Prachuap FC
Penampilan: 20
Jumlah Gol: 15

HEBERTY

Negara: Brazil
Kelab: Muangthong United
Penampilan: 20
Jumlah Gol: 17

DIOGO

Negara: Brazil
Kelab: Buriram United
Penampilan: 19
Jumlah Gol: 18