Wakil asia, Republik Korea (Korea Selatan) melalui kempen Piala Dunia 2018 dengan suram. Ini berikutan kekalahan 2 perlawanan awal mereka menentang Sweden dan Mexico tempoh hari.
Namun, walaupun peluang untuk mara ke kelompok 16 terakhir tampak tipis, mereka perlu memastikan perlawanan menentang Jerman ini diberikan tentang yang sengit. Sekurang-kurangnya mereka pulang ke tanah air dengan kekalahan bermaruah sesuai dengan gelaran Taeguk Warriors.
Siapa sangka, tamat sahaja permainan, wakil asia berjaya menumbangkan juara bertahan, Jerman dengan jaringan 2-0. Malah mereka bukan sahaja menghantar Jerman pulang daripada kempen Piala Dunia 2018, Korea Selatan berjaya menamatkan aksi Kumpulan F dengan kedudukan ketiga mengatasi Jerman sendiri.
Kemenangan Korea Selatan ini menggegarkan dunia media sosial dan internet seluruh dunia. Nama Kim Young-gwon dan SonHeung-min diangkat sebagai hero terutamanya penyokong pasukan Mexico kerana menyebabkan mereka layak ke peringkat seterusnya walapun kalah dengan Sweden.
Berikut adalah 10 perkara yang anda perlu tahu tentang Son Heung-min dan Kim Young-gwon: