Pada era 90-an dahulu, Parma adalah salah sebuah pasukan yang begitu disegani, bukan sahaja di Itali tetapi Eropah. Walaupun tidak pernah menjulang trofi Scudetto, mereka tampil konsisten di kelompok teratas Serie A serta secara tetap menyertai saingan Eropah tidak kira Liga Juara-Juara Eropah, Piala UEFA atau Piala Juara-Juara.
Prestasi mereka dilihat baik di kancah Eropah. Satu Piala Juara-Juara, satu Piala Super Eropah dan dua Piala UEFA adalah pencapaian terbaik mereka ketika itu. Malangnya, krisis kewangan membuatkan kelab itu diturunkan ke liga bawahan sehingga menjadi sekadar sebuah pasukan kerdil, susulan krisis yang membuatkan mereka terjerumus ke Serie D pada 2015 kerana masalah kewangan yang menjurus ke arah bankrap.
Kini, selepas tiga tahun, mereka kembali ke Serie A apabila mencatatkan prestasi hebat, dinaikkan ke liga seterusnya selama tiga musim berturut-turut. Pengembalian mereka bukan sekadar diraikan oleh kelompok penyokong Gialloblu sahaja, namun termasuk penggemar Serie A di seluruh dunia termasuk Indonesia.
Justeru, kami membina artikel ini untuk mengenang kembali barisan bintang mereka pada 1998/99, disaat mereka kali terakhir mengharumkan nama di Itali dalam saingan Eropah dengan gelaran Piala UEFA, Piala Itali dan Piala Super Itali.