Pagi tadi, dunia bolasepak Malaysia diberikan berita yang cukup mengejutkan. Chow Chee Keong, individu yang sering dilabel sebagai penjaga gol terbaik dalam sejarak bolasepak tanah air, sah meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Berita ini disahkan oleh anaknya (Andrian Chow) sendiri, melalui laman Facebook peribadinya. “Pada jam 8:08 pagi (21 Februari 2018), ayah saya, Chow Chee Keong meninggalkan kita dengan tenang. Beliau telah lama berjuang dengan tabah untuk terus hidup bersama kami,” kata Andrian.
Chee Keong adalah ikon penting dalam sejarah bolasepak Malaysia kerana dia merupakan antara pemain tempatan terawal untuk bermain secara professional, apabila berhijrah ke Hong Kong pada awal 1970-an. Selain itu, Chee Keong turut pernah dinobat sebagai penjaga gol terbaik di Asia untuk lima tahun berturut-turut, oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
Untuk mengingati legasi dan kontribusi beliau untuk bolasepak Malaysia, berikut adalah kompilasi tujuh perkara yang perlu anda tahu tentang lagenda sepanjang zaman, Chow Chee Keong: