Luar Negara

VIDEO: Bintang Barcelona, Luis Suarez bantu promosi Malaysia lagi

Selepas video mencuba makanan khas Malaysia, Luis Suarez kini tampil dalam lagi satu video yang disiarkan oleh Tourism Malaysia.

Dalam video terbaru ini, Luis Suarez mempelajari mengenai budaya, pakaian tradisional dan sedikit bahasa tempatan yang ada di Malaysia.

Pemain Barcelona dan Uruguay itu dilihat menyarung baju tradisi kaum-kaum di Malaysia dan mengucapkan bahasa-bahasa yang ada di Malaysia.

Namun, apa yang melucukan adalah apabila Suarez telah memuat naik tweet untuk mempromoskan video berkenaan sambil membuat ucapan “Selamat Tahun Baru Cina” di laman Twitter peribadinya, tetapi telah tersalah menggunakan gambar untuk sambutan perayaan kaum India!

Suarez telah dilantik menjadi duta pelancongan Malaysia oleh Tourism Malaysia bagi mempromosikan keindahan Malaysia kepada pelancong luar negara.