Malaysia

Kedah telah membuat tawaran rasmi kepada Mario Gomez?

Mario Gomez bakal kembali ke Liga Super?

Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’azim itu telah mengesahkan bahawa beliau sedang membuat rundingan dengan Kedah FA untuk mengambil alih pasukan Lang Merah untuk musim 2018.

Gomez, yang berjaya memenangi Liga Super sebanyak dua kali bersama JDT, sudah menerima tawaran gaji yang diberikan oleh KFA dan sedang menunggu maklum balas lanjut daripada pihak pengurusan kelab.

“Saya sekarang menunggu keputusan daripada Kedah, kami sudah berbincang dua hari lalu dan saya tidak ada masalah dengan tawaran kontrak itu. Cuma kami tidak berbincang secara terperinci tapi saya sudah bersetuju dengan gaji yang ditawarkan,” ujar kepada Arena Metro.

Bekas ketua jurulatih South China itu turut mendedahkan bahawa beliau belum lagi menerima sebarang tawaran daripada pasukan lain. Namun, peluang untuk mengemudi pasukan Kedah jelas menarik perhatian beliau atas beberapa sebab.

“Saya memang berminat membimbing Kedah kerana mereka pasukan yang memiliki sejarah tersendiri, sentiasa bersaing merebut kejuaraan dan ada perancangan,” tambah Gomez.