Luar Negara

Media Jepun Beri Gelaran “Chance Maker” Kepada Chanathip Songkrasin

Selepas ketibaan Chanathip Songkrasin di Sapporo Julai lalu, banyak pihak yang mengatakan kehadirannya di kelab Hokkaido Consadole Sapporo tidak lebih dari sekadar menjadi bahan promosi kelab Jepun itu di Thailand.

Namun selepas 5 kali membuat penampilan bersama kelab dari Hokkaido itu, para penonton sudah mula sedar bahawa Chanathip Songkrasin adalah hero mereka yang sedang mencipta nama.

Awal Karier Dalam Kancah J1 League

Selepas membuat debut J1 League pada perlawanan ke 19 dan beraksi selama 63 minit serta menerima 1 kad kuning ketika Hokkaido Consadole Sapporo mencatatkan kemenangan 2-0 keatas Urawa Reds, Chanathip tidak menoleh kebelakang lagi.

Beliau telah tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan dan telah bermain penuh dalam 4 perlawanan J1 League selepas itu – dimana Hokkaido Consadole Sapporo bertemu dengan Cerezo Osaka, Yokohama F Marinos, Ventforet Kofu dan Kawasaki Frontale, mengumpul 453 minit permainan dalam karier awal di Jepun.

https://www.youtube.com/watch?v=bLxdSRbmTJs

Diberi Gelaran ‘Chance-Maker’

Selepas 5 aksi dalam J1 League, jelas menunjukkan susuk fizikal kecil beliau tidak dijadikan sebagai satu kekurangan. Malah, ramai pemain yang memandang rendah keupayaan beliau sudah mula tahu potensi besar pemain ini.

Kualiti dribble, long-pass, short-pass, ball-control, dan off-the-ball movement beliau amat baik sekali.

Jurulatih Hokkaido Consadole Sapporo pada awalnya bimbang dengan stamina yang dimiliki oleh Chanathip dan kemampuannya untuk bertahan dari serangan lawan, tetapi Chanathip kelihatan seperti berjaya menghilangkan keraguan jurulatih kelab itu berdasarkan 5 perlawanan pertamanya.

Saksikan video-video perlawanan Hokkaido Consadole Sapporo, dan aksi Chanathip mencipta peluang dengan hantaran-hantaran yang berkualiti tinggi.