Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) mengumumkan senarai 20 pemain yang mewakili Indonesia dalam acara bolasepak lelaki Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.
4 pemain bintang muda Liga Indonesia tidak disenaraikan dalam skuad kali ini iaitu Bagas Adi Nugroho (Arema FC), Miftahul Hamdi (Bali United), Ravi Murdianto (PS TNI), dan Gian Zola Nasrulloh (Persib Bandung).
Bekas pemain dari akademi Ajax Amsterdam, Ezra Walian turut disenaraikan dalam skuad ini selepas dia menghadiri sesi percubaaan dengan Kelab Liga Perdana Inggeris, West Ham United minggu lalu.
Skuad bimbingan Luis Milla ini diundi dalam kumpulan B bersama Thailand, Vietnam, Filipina, Kemboja dan Timor Leste.
Senarai 20 pemain Indonesia U22 :
Penjaga Gol: Kurniawan Kartika Aji (Persiba Balikpapan), Satria Tama (Gresik United), Mochammad Diky Indriyana (Bali United)
Pertahanan: Andy Setyo (PS TNI), Hansamu Yama (Barito Putera), Ryuji Utomo (Persija Jakarta), Putu Gede (Bhayangkara FC), Gavin Kwan (Barito Putera), Ricky Fajrin (Bali United), Rezaldi Hehanusa (Persija Jakarta)
Tengah: Hargianto (Persija Jakarta), Asnawi Mangkualam Bahar (PSM Makassar), Hanif Abdurrauf Sjahbandi (Arema FC), Evan Dimas (Bhayangkara FC), Septian David Maulana (Mitra Kukar), Febri Haryadi (Persib Bandung), Osvaldo Hay (Persipura Jayapura), Saddil Ramdani (Persela Lamongan)
Penyerang: Ezra Walian (-), Marinus Mariyanto (Persipura Jayapura), Yabes Roni (Bali United)