Malaysia

Bagaimana Malaysia Mampu Untuk Muncul Naib Juara Kumpulan H

Kekalahan kepada Thailand semalam masih belum menutup peluang Malaysia untuk meraih tempat ke kejohanan utama AFC U23 Championship yang akan berlangsung di Shanghai pada 9-27 Januari 2018 nanti.

Berikut adalah kedudukan dalam setiap kumpulan selepas tamat perlawanan kedua – Asia Barat dan Asia Timur.

Kedudukan pasukan Asia Barat

 

Kedudukan pasukan Asia Timur

 

Kami cuba untuk melihat dari perspektif bagaimana skuad negara mampu untuk berada dikedudukan kedua kumpulan H berdasarkan beberapa perkara berikut.

 

Wajib Pastikan Mongolia Dikedudukan Tercorot

Dalam perlawanan terakhir bertemu Mongolia nanti, misi utama Malaysia adalah untuk meletakkan mereka ditangga tercorot kumpulan H. Mahu atau tidak, sekurang-kurangnya keputusan seri sudah mampu menyelesaikan misi ini.

Perkara ini perlu dilakukan kerana mengikut format kelayakan, keputusan perlawanan dengan pasukan tangga tercorot kumpulan tidak akan diambil kira, selepas Sri Lanka menarik diri dari kumpulan A.

Jadi kemenangan 7-0 Indonesia keatas Mongolia semalam juga sudah tiada apa-apa nilai, jika Malaysia memastikan Mongolia sebagai pasukan tercorot. Indonesia perlu berhempas pulas mengatasi Thailand jika mahu mengutip 3 mata untuk bersaing merebut tempat.

Dari analisa yang kami lakukan, Indonesia perlu menang sekurang-kurangnya 4-0 keatas Thailand jika mahu mengatasi Malaysia dalam perebutan tempat kedua terbaik kumpulan H. Semestinya ia bukan perkara mudah, kerana Thailand juga akan bermati-mati untuk menang atau seri untuk mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan seterusnya layak ke kejohanan utama.

 

Merebut tempat 5 naib juara terbaik

Jika perkara diatas berlaku, Malaysia belum juga dapat memastikan slot ke kejohanan utama kerana ia akan bergantung kepada keputusan-keputusan lain dalam 9 lagi kumpulan yang bersaing hebat.

Sehingga sekarang, kami hanya mampu mengatakan peluang Malaysia adalah 50-50 sahaja sehingga tamat senua perlawanan terakhir Ahad ini. Sejurus tamat perlawanan-perlawanan di Asia Barat, barulah dapat kita melihat dengan jelas apakah skuad U23 Malaysia mampu mencipta sejarah layak ke kejohanan utama AFC U23 Championship buat kali pertama pada Januari 2018 nanti, sejak diperkenalkan pada tahun 2013.