AFC U23 Championship

Malaysia tewaskan Indonesia 3-0 Dalam Kelayakan AFC U23 Championship

Malaysia membuka cabaran dalam kelayakan AFC U23 Championship 2018 bertemu Indonesia di Suphachalasai Stadium, Bangkok.

3 mata penting diraih untuk memburu tempat dalam kejohanan AFC U23 Championship yang akan berlangsung di China tahun hadapan. Persembahan bertenaga dalam separuh masa pertama berjaya menghasilkan 3 gol walaupun skuad ini dihimpit isu pemain yang tidak melaorkan diri.

Laporan Separuh Masa Pertama

Perlawanan bermula denngan pasukan Malaysia dilihat lebih offensive apabila 4 kali melancarkan serangan bertali arus dalam masa 3 minit. Syafiq Ahmad berjaya menggunakan kelemahan pertahanan tengah Indonesia dan melakukan placing kebahagian kiri untuk menjaringkan gol pertama Malaysia.

Indonesia lebih kerap mengasak kubu Malaysia menggunakan sebelah kiri dan kanan namun berjaya dipatahkan oleh pertahanan Malaysia terutama Adam Nor Azlin dan Irfan Zakaria. Namun satu gerakan dari sebelah kiri Malaysia hampir membuahkan hasil kepada Indonesia tetapi tandukan Marinus Mariyanto tersasar dikiri gol Malaysia.

Gandingan dibarisan depan oleh Thanabalan-Jafri-Syafiq jelas menjadi duri dalam daging kepada barisan pertahanan Indonesia dibantu oleh penguasaan bahagian tengah yang baik serta kekebalan pertahanan terutama Irfan Zakaria.

Secara keseluruhan untuk separuh masa pertama nyata didominasi oleh Malaysia walaupun pada 15 minit terakhir Indonesia agak garang mengasak kerana pemain Malaysia kelihatan seperti mengenduran intensiti permainan berbanding 30 minit pertama.

Laporan Separuh Masa Kedua

Indonesia bermula garang dengan intensity tinggi mengasak kubu Malaysia. 3 minit pertama amat mencemaskan pertahanan Malaysia apabila bola sentiasa berlegar didalam kotak penalti.

Bertali arus Indonesia mengasak Malaysia dari kiri dan kanan, namun gagal memanfaatkan peluang yang ada.

Malang kepada Indonesia apabila seorang pemain mereka Anawi dilayangkan kad merah apabila melakkukan terjahan keras keatas Sean Eugene.

Beraksi dengan 10 orang pemain, tetapi Indonesia masih lagi menguasai keseluruhan permainan. Bola sentiasa berada didalam kawasan Malaysia, dan hanya sekali sekala Malaysia berjaya masuk ke kotak penalti Indonesia.

Kemasukkan Akhyar dan bermain disebelah kiri dilihat berjaya untuk mengucar kacir kan barisan pertahanan kanan Indonesia. Gerakan solo beliau hampir memberikan gol namun rembatannya ditepis.

Malaysia berjaya mempertahankan kelebihan 3 gol walaupun diasak hebat sehingga tamat perlawanan. 21  Julai 2017, Malaysia akan bertemu tuan rumah Thailand dalam perlawanan kedua.

Photo by Asiana.my